create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, December 21, 2008

Deklarasi & Disclaimer

Segala pembelian produk di laman blog Yakin Jaya Enterprise adalah tertakluk kepada Terma & Syarat dan pihak pembeli telah membaca dan mempersetujui Terma & Syarat berikut:
  1. Yakin Jaya Enterprise bukan pengeluar, pembuat atau pengilang produk yang disenaraikan di laman ini.
  2. Yakin Jaya Enterprise tidak bertanggungjawab kepada masalah kesihatan disebabkan penggunaan produk. Sebarang pertanyaan kesihatan sila ajukan kepada pakar jururunding atau penasihat kesihatan syarikat pengeluar yang tertera pada produk.
  3. Informasi yang dibekalkan oleh Yakin Jaya Enterprise kepada bakal pembeli atau pembeli tidak boleh dianggap tepat seratus-peratus dan digunakan di mahkamah. Informasi ini merupakan perkongsian maklumat kepada pembeli. Sila hubungi jururunding atau penasihat kesihatan syarikat pengeluar yang tertera pada produk untuk informasi produk dan cara penggunaan yang tepat.
  4. Barang yang telah dijual kepada pembeli tidak boleh dikembalikan untuk ditukar kepada barang lain atau tunai.
  5. Jika barang yang diterima rosak, sila maklumkan ke Yakin Jaya Enterprise menerusi SMS atau E-mail dalam masa 24 jam daripada waktu dan tarikh penerimaan barang. Kegagalan berbuat demikian dipersetuju bahawa pihak pembeli menerima barang tanpa kerosakan.
  6. Pembeli digalakkan melapor kehilangan barang kepada syarikat kourier (menerusi orang kourier tersebut) DAN Yakin Jaya Enterprise yang diakibatkan kecuaian pihak syarikat kourier. Maka sila periksa barang "ON THE SPOT" sebelum pihak kourier beredar. Ini kerana pengambilan gambar (kerosakan atau kehilangan) oleh pihak kourier adalah diwajibkan untuk sebarang tuntutan rasmi ke syarikat kourier.
  7. Penerimaan barang adalah dipersetuju dalam masa 2 ke 3 hari kerja, tidak termasuk cuti umum dan cuti awam. Waktu penerimaan barang awal atau lewat adalah berdasarkan operasi syarikat kourier yang digunakan.
  8. Yakin Jaya Enterprise berhak membatalkan pesanan produk dan memulangkan bayaran kepada pembeli.
  9. Segala urus-niaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan diwajibkan melalui akaun perbankan syarikat Yakin Jaya Enterprise sahaja. Pembayaran ke akaun persendirian atau kakitangan syarikat Yakin Jaya Enterprise adalah dilarang dan tidak akan ditanggungjawabkan.
  10. Yakin Jaya Enterprise tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
  11. Maklumat, gambar, logo dan pelbagainya adalah hakmilik Yakin Jaya Enterprise. Sila dapatkan persetujuan rasmi sekiranya ingin menggunakannya di laman anda.
Bertarikh: 23 November 2008

Agen Dropship YJE & Pengedar YJE

Email Nama Penuh, Alamat Lengkap dan HP ke yakinjaya@gmail.com sekiranya anda berminat.

LIKE Us untuk Updates & Info Produk Terkini~!

 
Creative Commons License
YJE Pictures by Yakin Jaya Enterprise is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia License.
Based on a work at yakinjaya.blogspot.com.