create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, December 15, 2010

Rakan Niaga YJE

1. Anda mempunyai produk untuk dijual?
Ya.

2. Anda mempunyai laman web sendiri atau aktif berniaga di ruangan online ( forum, lelong, ebay )?
Ya.

3. Anda seorang yang bertanggungjawab kepada pelanggan, menepati masa penghantaran, dan jujur dalam perniagaan?
Ya.

Bagus, anda layak untuk membina kejayaan bersama Yakin Jaya Enterprise aka YJE. Kini kami membuka peluang perniagaan kepada usahawan online seperti anda untuk melariskan produk-produk anda di ruangan kami.

Asalkan produk anda tidak bertindih dengan produk di ruangan YJE ataupun Rakan Niaga YJE yang sedia ada, kami mengalu-alukan kedatangan anda.

Kami tidak mengenakan bayaran atau sewa untuk ruang jualan anda di YJE. Kami ulangi, anda tidak perlu bayar duit sewa untuk ruangan blog produk anda di laman YJE.

Sila email butir anda ke yakinjaya@gmail.com
1. Nama Penuh
Nama seperti dalam kad pengenalan.

2. Alamat Lengkap
Alamat tempat tinggal tetap anda.

3. Telefon Bimbit
Untuk menghubungi anda.

4. Telefon Pejabat / Rumah
Alternatif untuk menghubungi anda.

5. Nama Syarikat Anda jika ada
Nama syarikat anda yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia aka SSM.

6. Nama Produk dan Syarikat Produk
Keluaran syarikat dan jenamanya, yang diketahui umum.

7. Website / Forum yang anda sedang menjual produk tersebut
Ruangan online di mana anda mempamerkan gambar produk tersebut.

8. Membership Forum jika ada
Gelaran nama anda di forum yang bergiat aktif.

9. Akaun Bank
Maybank, Public Bank atau CIMB Bank untuk memudahkan transaksi kewangan kepada anda.

Kami ingin menegaskan di sini, produk yang dijual haruslah dijamin kualitinya dan menepati masa penghantaran ke tangan pelanggan YJE. Oleh itu, kami cuma akan MEMILIH Rakan Niaga YJE yang memberikan informasi peribadi sah dan memiliki tatatertib bisnes yang baik. Ini untuk menjamin kepuasan pelanggan YJE yang sedia ada.

Sekali lagi, produk yang tidak bertindih sahaja akan dipertimbang untuk berniaga di YJE.
"First Come, First Serve Basis"

Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya~!!

Saya yang menjalankan tugas,
Ki
"Hanyalah kejayaan menanti mereka yang mengerah kudrat tulang empat kerat sekarang"

Agen Dropship YJE & Pengedar YJE

Email Nama Penuh, Alamat Lengkap dan HP ke yakinjaya@gmail.com sekiranya anda berminat.

LIKE Us untuk Updates & Info Produk Terkini~!

 
Creative Commons License
YJE Pictures by Yakin Jaya Enterprise is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia License.
Based on a work at yakinjaya.blogspot.com.